Thursday, December 30, 2010

NASI LEMAK 4 - 2 BAKSO




Sepanjang blogwalking hari ni semua entry boleh dikatakan hampir 99.9999 peratus pasal bola.. Fuuhh.. Tsunami bola yang melanda disebabkan gempa kali ni dianggarkan berukuran 8.9 skala richter.. Aku pun dah terkena tempiasnya walaupun sipi2 je.. Dekat FB tak payah citer r habis semua mencarut2 sebab menda ni je.. tapi aku tak join pun.. Yang peliknya 
citer sekarang pasal bola tapi tetiba masuk citer batik.. Main bola 
pakai kain batik erk?? wakaka.. 



sedappnyee...nyum2..

MAS 4-2 IND

hmm.. sedap ke?? 


Terus terang aku mengatakan sepanjang 20 tahun ( lagi beberapa hari masuk 21 ), aku tak pernah makan bakso ni.. So, aku tak tahu rasa dia macam mana.. haw3.. 


Jurulatih bola sepak Malaysia juga dikhabarkan sebenarnya mempunyai 
karier lain sebelum mengemudi pasukan Malaysia.. 

saya tak gay, saya ok lagi..

Gambar2 ni diambik dari salah satu page dekat FB yang 
dengki dengan mamat ni.. 





Macam tak percaya sebab bola sebijik boleh gaduh2, maki2, kutuk2.. Biasa r adat pertandingan, ada menang ada kalah.. Mana ada dua pihak menang pada masa sama, seri ada r.. Diharapkan Final lain kali buat sekali je dan buat dekat stadium yang bukan negara2 yang bertanding time final tu..


Wednesday, December 29, 2010

..:: APABILA IKAN DAH BERTAMADUN ::..



Maksud tamadun dari apa aku belajar dari subjek TITAS ataupun Tamadun Islam dan Tamadun Asia bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari sedi lahiriah dan rohaniah.. Cehh, skema giler.. 
Bagi aku tamadun tu masyarakat yang suka berbogel reti pakai baju, tak 
gaduh pasal bola, bukan gay mahupun lesbian dan ada blog.. ehh.. ada 
agama.. Korang ingat manusia je yang boleh bertamadun tapi tamadun 
mesti r selalu merujuk pada manusia je kan tapi hari tu jalan2 jumpa 
dengan satu spesis ikan yang dah bertamadun jugak..
Saksikan ikan2 ni.. 













Manusia pulak nak jadi ikan.. grrrr..




aik.. ni pun nk jugak.. haishh..


Tuesday, December 28, 2010

..:: JOM PERGI PADANG MAHSYAR! ::..


Ni la cara anda nak pergi ke padang mahsyar secara ekspress di mana anda dapat berbogel sesuka hati tanpa ada rasa kemaluan sedikit pun.. harharhar...


bahagian2 sulit disensored kan.. tuutt.. tuutt..

rawr..

kami gay!! ngeee~


Sebenarnya dorang buat menda ni sebab nak pecahkan rekod dunia sebelum ni untuk Naked Rollercoaster World Record di London.. 102 manusia tak tahu malu telah menyertai acara ni dengan jayanya dan berjaya memecahkan rekod sebelumnya iaitu seramai 32 manusia yang 
tak tahu malu jugak..


yang ni pun reti pakai baju.. lol..


..:: Air Oh Air ::..


PERHATIAN : GANGGUAN BEKALAN AIR: SYABAS AKAN MEMBUAT PENGHANTARAN BEKALAN AIR SEBANYAK 10 LORI. SEGALA 
KESULITAN AMAT DIKESALI.


Hari ni berapa orang pergi kuliah tak mandi haa.. Cehh.. takkan r nak ngaku pulak.. Kalo wangi2 tu confirm bau deodorant atau perfume.. Bukan semua r kolej tak ada air, cuma beberapa je.. Kalo dekat matrik dulu lagi r bapak banyak kali air takda ( kena catu kot ).. Time takda air confirm penuh je 
masjid tapi tandas masjid je r.. hawhawhaw.. 

Time air takda ni tekak pun kering, rasa nak makan aiskem pulak.. hoho.. tapi budak JPA pun tengah mengalami krisis kering kontang jugak sebab duit tak masuk lagi.. Mungkin golongan2 PT sedang bersuka ria sambil menari2 menikmati duit pinjaman mereka.. 


slurppp2..

ahh.. ahh.. sedapnya.. hmm..lain macam je bunyi.. 


walaupun bau busuk kurang wangi sikit hari ni tapi aku tetap bersyukur lahir kat malaysia sebab senang nak carik air dan makan aiskem tanpa 
risau kena bom oleh pengebom berani mati..


Monday, December 27, 2010

..:: Keputusan Contest ::..


Contest ni dianjurkan buat kali pertama oleh pemilik Blok Budak Kampus bertujuan untuk suka2 saje.. Sambil berblogging boleh cuba2 main sudoku
 dan soalan yang bagi tu pun tahap dia tak susah mana, biasa2 je.. Nak tengok berapa orang dari kalangan blogger suka main menda alah ni..
haha.. Dengan ini diumumkan pemenangnya.. jeng3..



...
...
...
...
...


relaxx luuu...


...
...
...
...
...
...
...




1st Prize
NO. 50 CIK ZATI


fuhhh..


2nd Prize
N0. 71 CIK CEKODOK


rajin2.. 


TAHNIAH CIK ZATI & CIK CEKODOK.. 
Nanti inform jenis talian yang anda gunakan dekat ruangan komen entry ni


Ni pulak beberapa jawapan dari peserta2 yang lain.. 


SyUhAdA
besaq2 punya..


syamiera
semart2..huhu


MisS NadRAH
ni ada kaler lain2.. 

yang ni siap ada bintang.. bagus2..


Yang tak berjaya tu jangan kecewa sangat sampai membuat aksi terjun bangunan atau minum racun tikus.. hoho.. tetiba je.. Mungkin tak ada rezeki lagi time ni.. Just anggap main untuk suka2 je k.. Next time akan ada lagi soalan2 sudoku untuk next contest.. 


TERIMA KASIH PADA SEMUA CONTESTANT KERANA 
MEMERIAHKAN CONTEST NI!!


p/s : ehh..matching x jawapan dengan nama tu? dah pening tengok sudoku je..harharhar..

Sunday, December 26, 2010

..::: SUDOKU CONTEST ::..




Seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan contest ni, 
tarikh penyertaan dibuka dari 5-25hb Dis 2010





Dengan rasminya contest ini DITUTUP

Semua penyertaan anda2 akan diproses untuk mencari pemenang yang bertuah sebab hampir 97.297 peratus memberikan jawapan yang betul.. Pemenang akan dimumkan pada hari esok..


THANX TO ALL CONTESTANT


Saturday, December 25, 2010

..:: HATI2 BUAYA MELINTAS ::..


Berita hari ini menyiarkan seekor buaya cuba membuat adegan merbahaya dengan membuat roadbloack di tengah jalan raya.. Beliau ingin mencuba kekerasan kulit badannya dengan merelakan kereta melenyek perot di bahagian abdomennya.. Aksinya bukan sahaja membahayakan dirinya tetapi juga kepada pengguna2 jalan raya yang lain.. Motif tindakan 
buaya tersebut mungkin berunsurkan dendam kerana santa claus 
tidak muncul pada malam tadi.. 


jingle bells..jingle bells..

Buaya sepanjang 3 meter itu melintang di atas jalan raya dan menyebabkan seorang pemandu kereta hampir maut kerana cuba 
mengelak buaya tu.. Bagaimana pun pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan begitu juga buaya tersebut yang cuma cedera di bahagian mulutnya dan dilaporkan stabil pada tengahari tadi.. Buaya tersebut juga mengalami sedikit trauma ekoran kejadian yang hampir meragut nyawanya.. Kini buaya tersebut diserahkan kepada pihak perhilitan untuk ditempatkan di zoo2 yang mempunyai kekosongan bilik..


rawrrr...

Kini papan2 tanda menunjukkan simbol buaya menghiasi sepanjang jalan tersebut bagi menghindarkan kemalangan2 yang membabitkan haiwan 
tersebut di masa hadapan..


Berita dilaporkan oleh Luffy

Friday, December 17, 2010

..:: TERIMA KASIH NUFFNANG ::..




Alhamdulillah.. Entry ni aku buat khas untuk ucap terima kasih dekat 
pihak NUFFNANG sebab bagi aku BE.. Walaupun tak seberapa tapi aku bersyukur jugak..

AMP KK LAUNCH (ERA) LR

nak dengar radio klik r sini..

Terima kasih jugak dekat follower2 semua sebab sudi follow blog ni..



p/s : Nanti boleh r bagi BE lain pulak ye NUFFNANG..


Thursday, December 16, 2010

..:: Kisah Seram Malam Khamis ::..


Semuanya bermula selepas aku dan bekas roomate aku, gazali keluar beli barang pastu singgah kedai makan.. Sampai2 kedai makan aku terpandang TV Plasma lebih kurang 42 inci dekat kedai tu.. Ehhh.. macam ada game bola je malam ni.. Team mana pulak main hari ni sambil cakap dalam hati, mungkin siaran ulangan kot.. Baru duduk tak sampai seminit ( dalam 25 saat camtu ).. 


Priitt!!  Priitt!!  Priitt!! 


Tengok baju macam team Malaysia.. Aikkk, " Malaysia lawan Vietnam dow " kataku pada gazali.. Apa pasal pulak aku tak tahu.. demmit.. Aku penyokong setia Malaysia kot, tapi time dorang pergi semi final 
atau final je r.. Kalo tak memang tak tengok pun.. harharhar.. 
Malaysia menang 2-0.. boleh tahan r.. 




Lepas makan balik bilik lepak kejap atas katil sambil main gitar dan bermuhasabah diri mengenangkan kejadian di Warta Bangi tadi.. Lepas 
parking motor je aku bukak seat nak letak helmet tapi aku bukak penutup tangki minyak.. Perghh.. cover2 malu jap.. Aku tersengih sendirian teringat kelembuan aku tu..


moooo....


Kemudian aku terbangun dari tidur, masa tu pukul 2 pagi.. Entah bila masa aku terlelap pun tak tau r.. Bila aku bangun gitar ada lagi dekat tangan aku.. Mungkin bosan sangat lagu yang aku nyanyi sampai tertidur dan si gazali pulak tengah main game dekat FB.. Pastu entah macam mana aku boleh keluar naik motor pulak.. Tengah relax2 bawak motor tu ternampak sorang awek hot tengah jalan2, apa kejadah pulak minah ni jalan tengah malam sorang2 tapi aku buat bodoh je dan kembali fokus bawak moto.. Time lalu satu jalan tu tetiba ada dua cabang jalan.. Aikk, selalu aku lalu situ jalan dia straight je tapi ada dua pulak malam ni.. Aku berhenti kejap dekat cabang jalan tu pastu pikir nak ikot jalan mana.. Perghh!! aku dah makin cuak sebab bulu romaku telah terpacak macam duri landak dan keadaan jalan ketika tu berkabus macam dalam movie selalu yang ada asap2 kasi suspen tu.. Pastu ada pulak kelibat lembaga putih terbang atas aku.. Uishh, bapak r.. terkejut aku.. Cilakak! Aku pun terus memecut laju motorku tanpa menoleh ke belakang pastu tetiba motor aku terasa berat..

  
" Adik tumpang abang boley? " tanya suara misteri tu

ARGHHH!!!


wei, bapak berat ko dow... 

Aku menjerit sebab terkejut menda tu tengah duduk dekat seat belakang aku.. Bila masa pulak menatang ni duduk belakang ni.. Jantung aku berdegup kencang seperti baru berlari pecut 100 meter dan terasa nak gugur akibat kecuakan yang melampau tapi masih lagi tangan memulas minyak.. Pastu tetiba pulak ada lagi 2-3 lagi menda spesis sama follow aku.. Perghh, bawak geng pulak dorang ni.. Aku tak boleh buat pape dah, dorang punya speed dah macam 125Z aku.. cilakak.. boleh tahan laju gak r makhluk2 ni.. Aku cuba jugak nak baca ayat kursi tapi mulut aku macam tak terbukak.. So,aku baca dalam hati je.. 

Yassin...Walkuranilhakim.. 


Warghh!!.. aku tersilap baca surah pulak sebab cuak sangat.. Time part kejar mengejar tu, aku cuba punya cuba baca surah pape tetiba.. Tuuupp!! aku terbangun.. Astaghfirullah!! Fuhhh!!.. bapak ngeri la
 siot, sampai 4 ekor sekali aku kena.. walaupun cuma mimpi tapi 
aku rasa macam betul..



p/s : sebelum tido basuh kaki dulu..

Wednesday, December 15, 2010

..:: WAKENABEB EDISI BUDAK KAMPUS::..


Semalam aku dengan tidak tersengaja mendapat inspirasi untuk buat prank dekat membe aku.. Hasilnya memang tak dijangka, cukup memuaskan hati 
bak kata orang2 kita Terbaik Dari Ladang.. harharhar.. 




Sebelum kejadian aku saja2 bukak website UKM nak tengok result sem lepas aku.. Pastu terjumpa pulak menda ni.. PENGAMBILAN BUKU AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA.. Dekat dalam ni ada senarai nama pelajar2 yang ponteng tak ambik lagi buku ASM dorang.. Bukak2 je perghhh.. bapak ramai sampai 779 orang.. Masa tu memang tak terpikir lagi menda jahat sebab aku tak suka buat jahat sebenarnya.. haha.. Tetiba nampak nama membe 
aku pastu teringat dia ada hutang dengan UKM
 ( aku pun ada hutang gak r dalam riban2 )


Apa aku buat ?? 
1) Print screen senarai yang ada nama dia
2) Edit gambar kasi highlight pastu bulatkan besar2
3) Upload dekat wall facebook dia dengan status 


'STUDENT2 WANTED YANG BAKAL DIHENTIKAN PENGAJIAN'
..
  
Ni confirm dia tengah cuak giler.. haha..
.. 


10 minit kemudian.. 
Tuutt! Tuutt! SMS! SMS!


" Wey..mengong r k0 g tag name aku kt fb..xyah r tag..t mak bpak aku nampak kot..tu kes aku x byar yuran dr sh0rt sem tu


Hamekk kau, terus dapat mengong.. Tu r, pergi kenakan membe sape 
suruh.. Terus online chat FB dia suruh aku delete gambar tu.. haha.. aku gelak guling2 sambil buat backflip 2-3 kali kot dengan roomate aku.. bapak r tak tahan, senak pewot dow.. 

lu ingat lu ensem sikit tak boleh kena prank


Bila dia cakap dia menangis pasal menda tu, aku terus moral down.. fuhhh..sampai menangis dia aku buat.. Gila tak gila r dia cuak.. Dia pompuan, tu dia menangis tapi kalo laki cuak je kot, tak tau r kalo de laki yang nangis gak kalo kena.. hoho.. Pastu aku bagi tau menda sebenarnya.. Tapi pape pun


LU KENA BEB!! 


p/s : " Kena panggilan hangit pon x mcm ni beb.." kata mangsa tersebut

..:: PhOtOsCaPe ::..


Aktiviti bila dah tak ada kerja dan idea nak tulis blog


 
sebelum                        selepas


Monday, December 13, 2010

..:: KISAH ZAMAN SEKOLAH 1 ::..


Sekolah : SMK METHODIST (ACS) IPOH
Tingkatan : 5B



Hari ni aku bangun agak lewat seperti biasa dengan baju seluar tak diseterika lagi.. Walaupun aku tahu aku dah lambat tapi aku sengaja buat2 cool macam biasa sebab takut nanti kena marah dengan mak aku.. Kang mula lah dia membebel berjam2 sampai aku masuk tandas pun dia tak stop2 lagi.. Tapi tak mengapa, semua tu dah menjadi lumrah dalam hidup aku.. Kalo mak kita bebel dekat kita tu maknanya dia ambik berat pasal kita.. So, time dia bebel tu kita laju2 masuk tandas dan bukak air paip kuat2.. Nescaya suara bebelannya akan sayup2 saja kedengaran.. harhahhar..


relaxx luuu...

Lepas siap mandi aku pakai baju dengan seluar sekolah dan macam biasa 
baju lengan panjang menjadi pilihan aku sebab tu dah menjadi trend bagi 
budak2 melayu dekat sekolah aku.. Selalu tie memang sentiasa on tak kira waktu perhimpunan rasmi hari isnin ataupun hari2 biasa.. Walaupun aku bukan mawas pengawas sekolah tapi tali tie tu dah jadi macam kewajiban bagi aku.. Lepas semua siap setting baik punya, aku pun pergi ke sekolah dengan jalan kaki merentasi laluan keretapi yang agak merbahaya sebab situ ada Stesen Keretapi Ipoh..


Ponnn!! Ponnn!!   


Sebuah keretapi bawak tangki minyak dengan gas asli tiba2 
muncul dan semakin dekat menuju ke stesen keretapi.. 


arghh.. dah lewat..

Warghh.. kalo aku tak cross time ni confirm sampai sekolah lambat.. Aku pun dengan berani lari laju2 cross landasan tu.. Fuhhh!! sikit lagi nak kena gilis.. Sampai2 depan pagar sekolah je.. Tuuppp!!.. pintu pagar ditutup.. WTH!!.. lewat 5 saat je kot.. Skema betul r pengawas ni.. 


" Nama apa?? " tanya pengawas yang chubby2 sikit tu

" Mohammad Lufti.. kelas 5B.. " jawabku

" Kamu dah lebih 10 kali datang lewat ni " katanya

" erkkk?? rasa macam baru 5 kali je " balasku


Kemudian aku dibawa ke bilik guru disiplin, Cikgu Meor.. Nasib baik ramai jugak r yang datang lambat hari tu.. Ada r geng kalo kena sebat nanti.. Macam2 alasan budak2 ni bagi sebab dorang lewat sampai r giliran 
aku bagi alasan..


" Kenapa kamu datang lambat banyak kali " tanya cikgu 

" Err.. saya terbangun lambat cikgu " balasku takut2

" Tu je? tak ada alasan lain dah? " tanyanya lagi

" Ermm.. tu je kot.. " balasku dengan nada yakin

" Ok, kamu diri dekat bucu meja tu, keluarkan wallet " dia mengarahku


Zassss!!!


Satu libasan kencang dilepaskan ke arah belakangku.. Arghh.. terasa kebas punggungku.. Tapi sebagai lelaki macho, aku menahan kesakitan dengan tenang sekali dan balik ke kelas sambil maki2..



p/s : sejak dari tu aku mula datang awal ke sekolah


Saturday, December 11, 2010

..:: Apabila Jam Tangan Dimodified ::..


Apa kita akan buat kalo jam kita dah rosak?? Mesti ada orang yang 
simpan sebab mungkin dari pemberian dari yang tersayang.. Ada orang pergi hantar kedai repair apa2 yang patut.. Ada orang yang campak je dalam tong sampah sebab harganya murah atau dia memang kaya raya.. Tapi ni ada satu cara apa yang boleh buat dengan jam tangan yang dah rosak dan boleh juga diaplikasi dekat jam yang hampir rosak ataupun yang belum rosak.. 



..
...
....






scrambler




p/s : aku jarang pakai jam tangan sebab selalu tengok time dekat henset je..lalala..