Sunday, May 22, 2011

MOTOSIKAL YANG SEMART

Adakah korang seorang penunggang motor?  Sentiasa risau kalo2 tayar moto korang pancit terkena paku ke, meletup sebab dah haus sangat ke, sebab awek berat ke, lagi2 kat highway, pastu dalam poket ada 2-3 hengget je, jenuh r nak carik kedai moto kat highway, ada pulak kan. Lagi2 time nak pergi kerja ke, kelas ke, jumpa makwe ke, time nak baling asid dekat orang ke. Jangan risau, jangan runsing lagi, kalo naik motor ni konfem perjalanan korang berjalan lancar tanpa perlu risaukan masalah tayar bocor lagi. Model ni takda r baru sangat, tapi sangat bagus untuk dicuba oleh orang yang suka mencipta kelainan dari orang lain dan tahan dicaci maki di atas jalan raya.


video






Aku tak tahu macam mana dia nak brek tu, takkan guna sistem ABS ( Auto-Breaking System ) pulak kan. harhar. Aku rasa top speed ni tak sampai 10km/h pun, basikal lagi laju dari dia. Tapi pape pun jepun tak boleh dinafikan r, dorang sangat maju dan kreatif. Kebanyakan motor orang malaysia pakai pun dari brand jepun jugak, Honda, Suzuki, dan aku sendiri pakai Yamaha. Bukan taknak support brand Malaysia, tapi kalo moto bagi aku brand jepun terbaik setakat ni. Mungkin kereta nanti baru aku beli brand tempatan. hihihi..

Sunday, May 15, 2011

BLACKBERRY OH BLACKBERRY

Dah lama rasenya aku tak update entry blog aku ni, dekat 2 bulan lebih jugak rasanya. Bukan sebab malas, cuma kurang rajin je update skang ni. Bulan 3 aritu aku dah terbeli henset blackberry = berry hitam. Mula2 ingat nak beli sony ericsson, tapi bila dah keja ni rasa nak guna blackberry lak. Masuk bulan ni kira dah 2 bulan r. So far so good, beliau tak ada buat problem lagi, aku pilih model Curve 8520 sebab harga dia takda mahal sangat macam model yang lain tu dan bawah RM1K. Kamera dia 2MP Je ( BUKAN 2MP NOKIA ). Kualiti gambar dia boleh tahan r, not bad kate org putih. Yang kurangnya henset ni takda flash la pulak. Tapi henset blackberry ni ada kelebihan jugak, setiap henset tu ada no PIN yang berlainan. So,kalo kita register atas nama kita then ada orang curik, kita leh detect henset kita dekat mana guna application Blackberry Protect, walaupun orang tu tukar sim card dia. Tapi sape yang nak henset dia ilang kan, kalo orang kaye takpe r, kalo hilang boleh beli lagi 2-3 bijik. Internet pun ok r, takda lembab sangat, leh online FB, YM dengan TWITTER pon dah kira ok r.. Pastu ada BBM = BlackBerry Messenger, jimat kredit aku kalo nak msg pape dgn membe kat tempat keje. Aku nak update blog je sebenarnya, malas nak tulis panjang2. Kalo aku cerita panjang2 pun bukan korang nak beli BB pon. huhu. Sape2 pakai BB tu leh r BBM dgn aku nanti. ngeh3.



BB ku..