Friday, June 14, 2019

SKYTREX BUY 1 FREE 1 (Touch & Go E-Wallet Promotion)








Terma dan Syarat untuk Promosi Skytrex

1. Tempoh promosi adalah dari 18 Mei 2019 hingga 16 Jun 2019
2. Beli SATU (1) tiket dan dapatkan SATU (1) tiket percuma dengan menggunakan fungsi "Pay" pada Tounch 'n Go eWallet di Skytrex Melaka dan Skytrex Langkawi.
3. Harga tiket yang dibeli adalah berdasarkan Harga Terbitan. Tiket Percuma mesti ditebus pada hari yang samadan slot yang sama seperti yang dibeli, tertakluk kepada kokosongan slot.
4. Harga tiket yang dibeli mestilah lebih tinggi atau sama dengan tiket Percuma. Barangan tambahan yang tidak termasuk dalam Harga Terbitan hendaklah dibayar secara berasingan.
5. Promosi ini hanya sah untuk pembelian melalui kaunter di Skytrex Melaka dan Skytrex Langkawi.
6. Terhad kepada maksimum TIGA (3) tiket PERCUMA untuk ditebus setiap transaksi. Tiada pembahagian transaksi dibenarkan.
7. Tiada pembelian awal dan tiada bayaran semula untuk tiket yang telah dibeli dibenarkan.
8. Promosi ini tidak sah untuk mana-mana penukaran wang tunai, promosi, diskaun atau baucer yang lain.
9. Terma dan Syarat ini akan tertakluk kepada Terma dan Syarat Kempen Am yang boleh didapati di 'https://www.tngdigital.com.my/general-terms-and-conditions.html".

Sila layari www.tngdigital.com.my untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.



Wednesday, February 27, 2019

Putrajaya Breakfast Run 2019


Putrajaya menjadi lokasi pilihan untuk siri pertama Breakfast Run pada tahun ini. Starting point untuk larian ini adalah di Monumen Alaf Baru, Presint 2 berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali Masjid Besi. Yang menarik event ni adalah peserta-peserta dapat sarapan burger McD dan berpeluang untuk cabutan bertuah yang menawarkan banyak hadiah yang menarik termasuklah sebuah kereta Perodua Axia.



Medal PUBR 19

Untuk event seterusnya adalah Shah Alam Breakfast Run pada 27 April 2019.


Pendaftaran boleh dibuat di SINI

Wednesday, November 14, 2018

RFID PILOT TEST

RFID atau nama panjangnya ialah "Radio Frequency Identification" telah diperkenalkan oleh Touch n Go pada tahun 2018 bagi menggantikan penggunaan Smart TAG. Pengguna Smart Tag masih lagi boleh menggunakannya seperti biasa cuma perkhidmatan selepas jualan bagi peranti Smart TAG telah dihentikan. Pihak Touch n Go akan melancarkan penggunaan RFID secara rasmi pada awal januari tahun 2019. Sekarang ini RFID melalui tempoh percubaan iaitu Pilot Test dan pemasangan diberikan secara percuma bagi orang ramai yang telah mendaftar. Selepas dilancarkan secara rasmi, mungkin ada sedikit caj untuk pemasangan tersebut. Saya telah sendiri telah mencuba fungsi RFID ini pada tempoh hari. 



Lokasi : NPE TOLL


Caj tol akan ditolak terus daripada akaun eWallet Touch n Go Apps anda.



Senarai lebuhraya yang mempunyai lorong RFID.



RFID PILOT IN ACTION
Mind Your Distance


Saturday, January 21, 2017

Freeport A'Famosa Outlet

Freeport A'Famosa Outlet merupakan sebuah tarikan menarik di Melaka. Ia terletak di Alor Gajar kira-kira 4.6km daripada tol Simpang Ampat. Banyak kedai barangan premium yang menawarkan harga dan diskaun yang berpatutan. Tempat ini sedikit kecil daripada Johor Premium Outlet kerana mempunyai satu tingkat sahaja. Saya juga tidak ketinggalan mendapatkan sepasang kasut joging baru.