Wednesday, November 14, 2018

RFID PILOT TEST

RFID atau nama panjangnya ialah "Radio Frequency Identification" telah diperkenalkan oleh Touch n Go pada tahun 2018 bagi menggantikan penggunaan Smart TAG. Pengguna Smart Tag masih lagi boleh menggunakannya seperti biasa cuma perkhidmatan selepas jualan bagi peranti Smart TAG telah dihentikan. Pihak Touch n Go akan melancarkan penggunaan RFID secara rasmi pada awal januari tahun 2019. Sekarang ini RFID melalui tempoh percubaan iaitu Pilot Test dan pemasangan diberikan secara percuma bagi orang ramai yang telah mendaftar. Selepas dilancarkan secara rasmi, mungkin ada sedikit caj untuk pemasangan tersebut. Saya telah sendiri telah mencuba fungsi RFID ini pada tempoh hari. 



Lokasi : NPE TOLL


Caj tol akan ditolak terus daripada akaun eWallet Touch n Go Apps anda.



Senarai lebuhraya yang mempunyai lorong RFID.



RFID PILOT IN ACTION
Mind Your Distance