Tuesday, January 17, 2012

Galaxy TAB

Assalamualaikum..

Dah nak dekat setahun aku tak update blog aku. Bukan apa, saja nak mem-busy-kan diri dengan buat kerja lain. Bila nak update je sifat kemalasan datang menhancurkan sifat rajin aku. Aku lebih suka baca blog2 orang dari update blog sendiri. huhu. Tahun lepas aku ada beli samsung galaxy tab model P1000 (siap bagitau model lagi). Almaklumlah, sekarang ni dah berlambak2 gadget samsung dekat market, yang terbaru galaxy tab plus 7.0 plus kalo tak silap aku. Selama 6 bulan aku pakai galaxy tab ni, tak ada lagi la dia buat problem teruk sangat. Hari tu kuar model galaxy tab 10.1 yang besar gedabak tu. Dah macam2 size dah samsung kuarkan model tablet dia.

Galaxy Tab 7.0 Plus

Berbanding dengan model P1000 aku, model tab 7.0 ni guna processor 1.2GHz. So, lagi laju dari model aku beli, dan guna android version 3.2 honeycomb, sama dengan galaxy tab 10.1.

Galaxy Tab 10.1

Kepelbagaian model gadget samsung ni bagus sebenarnya. Boleh memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih mana satu model yang sesuai untuk mereka. Kalau jenis yang tak suka besar2 sangat boleh la beli yang model 7.0 Plus tu. Kalau korang ada duit lebih sikit beli lah iPhone 4. huhu. Ada rezeki lebih bulan depan aku nak beli Samsung Galaxy Ace. InsyaAllah.




4 comments:

+dieabella+ said...

harga bape eg?

Daus said...

Hoi anak hayam, mane ko menghilang... huhu... nak tengok ko punye Galaxy Tab.. hehe

btw, aku ngah pakai Galaxy Ace.. lau rasa nak explore lu, dtg la jumpe aku =)

Cik Yatt said...

ingt mmg nk beli 7.0 tu okekan?

Lufti said...

Kalo yang 7.0 plus tu oke kot..member ada beli yang 10.1 tu tp rase cam besar sgt je..huhu