Tuesday, January 10, 2017

DIVIDEN ASB 2016

ASB adalah satu cara pelaburan bagi bumiputera selain fixed deposit di bank-bank yang ada di malaysia. Kadar  dividen bagi ASB sebelum tahun 2016 sangat memberansangkan tetapi disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak menentu menyebabkan ramai pelabur yang kebanyakannya mengambil pinjaman ASB tidak berpuas hati kerana jumlah dividen yang diterima tidak dapat menampung jumlah bayaran semula pinjaman bagi tahun tersebut. Sebaliknya terpaksa menambah sedikit komitmen dari pendapatan bulanan bagi pembayaran pinjaman tersebut. Jika pelaburan dalam ASB menggunakan wang simpanan sendiri, ia tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka cuma dividen yang diterima makin berkurangan. Kita perlu merancang kewangan kita supaya tidak memberi kesan yang begitu ketara pada komitmen bulanan kita kerana peruntukan keperluan harian kita semakin meningkat saban hari. Semoga ekonomi Malaysia semakin pulih dan kadar dividen ASB meningkat bagi tahun mendatang supaya bumiputera dapat menambah jumlah simpanan.





No comments: