Saturday, December 29, 2012

Rebat Telefon Pintar

Haaa..pilih2..selonggok 5 hinggit..selonggok 5 hinggit..haha..Baru2 ni Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia keluarkan senarai telipon pintar yang tak berapa pintar untuk para belia yang kebanyakannya memang bernafsu tinggi untuk memakainya supaya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan globalisasi dunia..Rebat RM200 ni untuk sape yang berumur 21 sampai 30 tahun sahaja dan berpendapatan bawah RM3000 ataupun yang tengah tanam anggur (menganggur).. Sape yang dah nak masuk 31 tu tak layak r jawabnya..hahaa..Rebat ni hanya untuk telefon sahaja, bukan ipad, tablet, komputer mahupun TV 32 inci (tetiba pulak).. Mungkin lepas ni akan ada banyak lagi rebat2 untuk disuapkan kepada rakyat..Sebenarnya aku rasa belia dekat Malaysia ni takda la kemaruk sangat dengan rebat ni sebab henfon2 yang boleh dibeli guna rebat ni sangat terhad dan boleh dibeli di kedai yang dapat kelulusan dari SKMM saja..Lagipun aku tak rasa benda ni satu keperluan yang sangat penting sehingga perlu diberi rebat, banyak lagi yang boleh dinaiktarafkan supaya rakyat lebih selesa dekat Malaysia ni..



Bagi yang teringin guna rebat ni untuk beli S3 ataupun Iphone 5, dah boleh padam angan2 tu dalam memori otak korang, sebab tak dapat punya..haha.. baik simpan duit beli sendiri.. Tapi kerajaan takda la paksa korang nak pakai rebat ni, bagi yang tak mampu nak pakai henfon tu boleh la beli guna rebat ni..Setakat ni takda r lagi nampak statement, kalo taknak guna rebat ni pergi duduk dekat negara lain..haha..Dengar citer, kalo nak dapatkan rebat ni, kena daftar dekat bawah ni start 1 Januari nanti..


Klik gambar

No comments: