Sunday, November 11, 2012

SERIBU TAHUN




I have died everyday
Waiting for you
Darlin don't be afraid
I have love you 
for a thousand years
I'll love you 
for a thousand more


Wednesday, September 19, 2012

Cara Nak Install SIRI Dalam IPhone 4

Fungsi SIRI biasanya untuk iPhone 4S..Tapi iPhone 4 biasa pun boleh jugak nak guna SIRI ni..iPhone tu kena lah guna iOS 5 sebab iOS 4 x support fungsi ni..Yang tak berapa bestnya dia slow sikit berbanding bila guna dekat iPhone 4S sebab memang fungsi ni dipakai sedia ada dalam dia..Kalau rasa2 nak cuba guna SIRI boleh r try follow dekat video ni..





Thursday, September 6, 2012

LAWAK KAMPUS JILID 15

Dah lama rasanya tak beli komik lawak kampus, dulu time study dekat U memang rajin r layan benda2 macam ni.. Dari sumber page FB Gempak Starz, komik Lawak Kampus jilid 15 akan keluar bulan september ni.. Hari ni aku baru dapat buku jilid 14, order dari internet je sekarang, tak payah nak keluar2 pergi cari dekat kedai.. haha.. Si Keith tu banyak betul idea dia nak buat komik, jalan cerita pendek je tapi kadang2 boleh pecah perut gelak.. Harap2 yang edisi baru ni lebih banyak lawak dari x lawak.. kah3..





Monday, August 13, 2012

Untung Olimpik

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu "..Kau hado? Untung betul si Pandalela Rinong, umur baru 19 tahun, tapi dah dapat main sukan Olimpik, siap dapat medal gangsa lagi tu. Aku tak berapa minat acara diving ni, tapi kalo gimrama minat lah..haha..Oleh sebab dapat medal dekat olimpik hari tu, dia dapat RM100ribu, siap pencen RM2000 sebulan sepanjang hayat, untung2.Aku yang kerja makan gaji ni entah bila lah mampu sampai banyak mcm tu, rezeki masing2 kan..Sape lah nak expect si Panda ni boleh dapat medal, bravo2, wanita pertama Malaysia dapat medal dekat sukan Olimpik..Lee Chong Wei pulak terpaksa bagi Lin Dan lagi sekali emas single badminton, time kat Beijing dulu pun kalah final, apa nak buat, Lin Dan hidup lagi zaman ni, kalau tak si Chong tu boleh dah dapat dua emas Olimpik..haha..


Mesti rasa puas gila dapat medal Olimpik walaupun gangsa je