ASB adalah satu cara pelaburan bagi bumiputera selain fixed deposit di bank-bank yang ada di malaysia. Kadar dividen bagi ASB sebelum tahun 2016 sangat memberansangkan tetapi disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak menentu menyebabkan ramai pelabur yang kebanyakannya mengambil pinjaman ASB tidak berpuas hati kerana jumlah dividen yang diterima tidak dapat menampung jumlah bayaran semula pinjaman bagi tahun tersebut. Sebaliknya terpaksa menambah sedikit komitmen dari pendapatan bulanan bagi pembayaran pinjaman tersebut. Jika pelaburan dalam ASB menggunakan wang simpanan sendiri, ia tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka cuma dividen yang diterima makin berkurangan. Kita perlu merancang kewangan kita supaya tidak memberi kesan yang begitu ketara pada komitmen bulanan kita kerana peruntukan keperluan harian kita semakin meningkat saban hari. Semoga ekonomi Malaysia semakin pulih dan kadar dividen ASB meningkat bagi tahun mendatang supaya bumiputera dapat menambah jumlah simpanan.
Tuesday, January 10, 2017
Wednesday, September 18, 2013
Jam Joging Baru
Alhamdulillah, dapat jugak beli jam baru lepas jam lama hilang dalam toilet dekat office aku..Lagi bertambah semangat aku nak berjoging lepas ni..haha..Next event maybe bulan November, sebab bulan depan tak ada banyak event, tapi akan kembali aktif dalam silat olahraga..Kaki aku dah gatal2 nak menyepak orang ni,haha..Jam ni aku beli dekat lelong.com minggu lepas tapi tak sempat pakai time join Olympic Day Fun Run ahad lepas..Takut jugak nak deal dengan seller online ni, tapi tengok profile ramai bagi feedback bagus, so nasib la tak kena tipu..
G-SHOCK
Thursday, September 12, 2013
OLYMPIC DAY FUN RUN 2013

Bulan ni ada 3 event marathon aku join, memang berjoging je la aku bulan ni..Stamina memang hancur r lepas raya haritu langsung tak berjoging..Next event ahad ni Olympic Day Fun Run 2013, yang ditunda sebelum bulan puasa haritu sebab masalah jerebu..Agak bahaya jugak r kalau nak berlari time2 jerebu tu..Tapi malangnya baju t-shirt yang aku dapat size XXL, kalau size L boleh tahan lagi, ni Double XL, memang tak pakai la aku time lari nanti..haha..

Peta larian
Medal
Thursday, September 5, 2013
Duit Raya Dari Nuffnang
Sebelum raya puasa hari tu aku tekan cashout untuk blog yang ni.. hasilnya tak ada r banyak sangat tapi Alhamdulillah la dari tak dapat pape langsung.. ..huhu..Aku taw raya confirm pakai banyak duit, so aku pon cashout hujung bulan Julai ritu..Aku bajet sampai dalam awal bulan September, tunggu punya tunggu hari ni baru dapat cheque dari Nuffnang..Terima kasih untuk duit raya ni, boleh pakai buat isi minyak RON95 yang dah naik harga tu..kehkeh..
Subscribe to:
Posts (Atom)

