Wednesday, April 25, 2012

FINAL UEFA : CHELSEA VS ???

Semalam balik kerja lepak2 jap terus tidur, tak tahu sejak dua tiga menjak NI aku asyik tidur awal je.. Susah nak tidur lewat macam dulu2. Dapat bantal terus terlelap. Pastu terbangun kol 1 pagi, tak tahu nak buat apa, ambik rubic cube baru beli terus settlekan..Perghh, makin laju la pulak aku dapat settlekan. haha..(bangga sorang2)..



Ingat nak tidur balik tapi terkejut bunyi loceng housemate, dalam hati " Apa kejadah pulak kau kunci jam pukul 2 pagi ni " , baru teringat ada game Barcalena lawan Chelsea.. Disebabkan tv kat rumah tak pasang Astro lagi, terpaksa la aku pergi kedai mamak tengok. Untung betul kedai2 mamak kalo time2 camni, game pun sedap. Tiga kedai aku survey dulu tengok yang mana tak banyak manusia pastu duduk la kat satu kedai, nasib baik game baru 3 minit start..Dari awal aku tengok chelsea dah berkerumun umpama kereta kebal kat kotak penalti, Barca pulak dok serang dengan nafsu yang membuak2 untuk mencari gol, penonton2 pulak tidak keruan melihat situasi tersebut..Keputusan Chelsea menang dengan agregat 3-2..Terkejut jugak la tengok Barca kalah, tapi bak kata coach aku, biar game bosan janji menang..Orang tak tanya " Semalam game ko cantik tak? ..Orang akan tanya  " Semalam game ko menang x? "..Trololol..  













Tuesday, January 17, 2012

Galaxy TAB

Assalamualaikum..

Dah nak dekat setahun aku tak update blog aku. Bukan apa, saja nak mem-busy-kan diri dengan buat kerja lain. Bila nak update je sifat kemalasan datang menhancurkan sifat rajin aku. Aku lebih suka baca blog2 orang dari update blog sendiri. huhu. Tahun lepas aku ada beli samsung galaxy tab model P1000 (siap bagitau model lagi). Almaklumlah, sekarang ni dah berlambak2 gadget samsung dekat market, yang terbaru galaxy tab plus 7.0 plus kalo tak silap aku. Selama 6 bulan aku pakai galaxy tab ni, tak ada lagi la dia buat problem teruk sangat. Hari tu kuar model galaxy tab 10.1 yang besar gedabak tu. Dah macam2 size dah samsung kuarkan model tablet dia.

Galaxy Tab 7.0 Plus

Berbanding dengan model P1000 aku, model tab 7.0 ni guna processor 1.2GHz. So, lagi laju dari model aku beli, dan guna android version 3.2 honeycomb, sama dengan galaxy tab 10.1.

Galaxy Tab 10.1

Kepelbagaian model gadget samsung ni bagus sebenarnya. Boleh memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih mana satu model yang sesuai untuk mereka. Kalau jenis yang tak suka besar2 sangat boleh la beli yang model 7.0 Plus tu. Kalau korang ada duit lebih sikit beli lah iPhone 4. huhu. Ada rezeki lebih bulan depan aku nak beli Samsung Galaxy Ace. InsyaAllah.




Sunday, May 22, 2011

MOTOSIKAL YANG SEMART

Adakah korang seorang penunggang motor?  Sentiasa risau kalo2 tayar moto korang pancit terkena paku ke, meletup sebab dah haus sangat ke, sebab awek berat ke, lagi2 kat highway, pastu dalam poket ada 2-3 hengget je, jenuh r nak carik kedai moto kat highway, ada pulak kan. Lagi2 time nak pergi kerja ke, kelas ke, jumpa makwe ke, time nak baling asid dekat orang ke. Jangan risau, jangan runsing lagi, kalo naik motor ni konfem perjalanan korang berjalan lancar tanpa perlu risaukan masalah tayar bocor lagi. Model ni takda r baru sangat, tapi sangat bagus untuk dicuba oleh orang yang suka mencipta kelainan dari orang lain dan tahan dicaci maki di atas jalan raya.








Aku tak tahu macam mana dia nak brek tu, takkan guna sistem ABS ( Auto-Breaking System ) pulak kan. harhar. Aku rasa top speed ni tak sampai 10km/h pun, basikal lagi laju dari dia. Tapi pape pun jepun tak boleh dinafikan r, dorang sangat maju dan kreatif. Kebanyakan motor orang malaysia pakai pun dari brand jepun jugak, Honda, Suzuki, dan aku sendiri pakai Yamaha. Bukan taknak support brand Malaysia, tapi kalo moto bagi aku brand jepun terbaik setakat ni. Mungkin kereta nanti baru aku beli brand tempatan. hihihi..

Sunday, May 15, 2011

BLACKBERRY OH BLACKBERRY

Dah lama rasenya aku tak update entry blog aku ni, dekat 2 bulan lebih jugak rasanya. Bukan sebab malas, cuma kurang rajin je update skang ni. Bulan 3 aritu aku dah terbeli henset blackberry = berry hitam. Mula2 ingat nak beli sony ericsson, tapi bila dah keja ni rasa nak guna blackberry lak. Masuk bulan ni kira dah 2 bulan r. So far so good, beliau tak ada buat problem lagi, aku pilih model Curve 8520 sebab harga dia takda mahal sangat macam model yang lain tu dan bawah RM1K. Kamera dia 2MP Je ( BUKAN 2MP NOKIA ). Kualiti gambar dia boleh tahan r, not bad kate org putih. Yang kurangnya henset ni takda flash la pulak. Tapi henset blackberry ni ada kelebihan jugak, setiap henset tu ada no PIN yang berlainan. So,kalo kita register atas nama kita then ada orang curik, kita leh detect henset kita dekat mana guna application Blackberry Protect, walaupun orang tu tukar sim card dia. Tapi sape yang nak henset dia ilang kan, kalo orang kaye takpe r, kalo hilang boleh beli lagi 2-3 bijik. Internet pun ok r, takda lembab sangat, leh online FB, YM dengan TWITTER pon dah kira ok r.. Pastu ada BBM = BlackBerry Messenger, jimat kredit aku kalo nak msg pape dgn membe kat tempat keje. Aku nak update blog je sebenarnya, malas nak tulis panjang2. Kalo aku cerita panjang2 pun bukan korang nak beli BB pon. huhu. Sape2 pakai BB tu leh r BBM dgn aku nanti. ngeh3.



BB ku..