Saturday, January 21, 2017

Freeport A'Famosa Outlet

Freeport A'Famosa Outlet merupakan sebuah tarikan menarik di Melaka. Ia terletak di Alor Gajar kira-kira 4.6km daripada tol Simpang Ampat. Banyak kedai barangan premium yang menawarkan harga dan diskaun yang berpatutan. Tempat ini sedikit kecil daripada Johor Premium Outlet kerana mempunyai satu tingkat sahaja. Saya juga tidak ketinggalan mendapatkan sepasang kasut joging baru.





Thursday, January 12, 2017

PROMO RIDE GRAB 4-13 JANUARY 2017

Berita baik bagi pengguna perkhidmatan Grabcar. Sepanjang 4 hb hingga 13 hb januari 2017, Grab memberikan promo bagi perkhidmatan Grabcar (Economy) sahaja untuk booking yang kedua bagi hari yang sama. Perkhidmatan percuma sehingga maksimum RM8 sahaja. Penumpang perlu membayar lebihan jika tambang perjalanan mereka melebihi RM8. Pengguna boleh menggunakannya sekali sehari sepanjang tempoh promo tersebut. Pengguna hanya perlu menggunakan Grabcar pertama kali tanpa Promo Code dan secara automatik boleh menggunakan Promo Code pada perjalanan kedua. Pengguna boleh menggunakan Promo Code "WELCOME2017" dengan memasukkan kod tersebut di ruangan "Promo". 



*pop up when open apps


           
*choose pick-up and drop-off point 
   
          
  * Enter the Promo Code 



Tuesday, January 10, 2017

DIVIDEN ASB 2016

ASB adalah satu cara pelaburan bagi bumiputera selain fixed deposit di bank-bank yang ada di malaysia. Kadar  dividen bagi ASB sebelum tahun 2016 sangat memberansangkan tetapi disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak menentu menyebabkan ramai pelabur yang kebanyakannya mengambil pinjaman ASB tidak berpuas hati kerana jumlah dividen yang diterima tidak dapat menampung jumlah bayaran semula pinjaman bagi tahun tersebut. Sebaliknya terpaksa menambah sedikit komitmen dari pendapatan bulanan bagi pembayaran pinjaman tersebut. Jika pelaburan dalam ASB menggunakan wang simpanan sendiri, ia tidak memberi kesan apa-apa kepada mereka cuma dividen yang diterima makin berkurangan. Kita perlu merancang kewangan kita supaya tidak memberi kesan yang begitu ketara pada komitmen bulanan kita kerana peruntukan keperluan harian kita semakin meningkat saban hari. Semoga ekonomi Malaysia semakin pulih dan kadar dividen ASB meningkat bagi tahun mendatang supaya bumiputera dapat menambah jumlah simpanan.