Monday, December 31, 2012

Tarikh Dividen ASB 2012 Keluar

2 JANUARI 2013

Hari tu dah diumumkan kadar dividen dan bonus untuk ASB bagi tahun 2012 iaitu 7.65 sen + bonus 1.15 sen seunit menjadikan peratusan keuntungan dari simpanan pelaburan kita berjumlah 8.89%.. Kalau simpanan kita sebanyak 50K, 8.89 x 50000/100 = RM4445.. Bagi yang buat pinjaman bank untuk ASB dan mencapai tempoh matang boleh lah tarik nafas lega sebab komitmen bulanan korang dapat dikurangkan untuk kegunaan lain.. Aku ada lagi 24 tahun nak habis bayar hutang ASB, perghh, dah tua baru habis bayar, tapi maybe just sambung sampai 10 tahun kot.. Dividen tahun ni nak simpan sikit, mana tau time emergency, boleh guna duit ni..huhu..


Saturday, December 29, 2012

Rebat Telefon Pintar

Haaa..pilih2..selonggok 5 hinggit..selonggok 5 hinggit..haha..Baru2 ni Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia keluarkan senarai telipon pintar yang tak berapa pintar untuk para belia yang kebanyakannya memang bernafsu tinggi untuk memakainya supaya tidak ketinggalan dalam arus kemodenan globalisasi dunia..Rebat RM200 ni untuk sape yang berumur 21 sampai 30 tahun sahaja dan berpendapatan bawah RM3000 ataupun yang tengah tanam anggur (menganggur).. Sape yang dah nak masuk 31 tu tak layak r jawabnya..hahaa..Rebat ni hanya untuk telefon sahaja, bukan ipad, tablet, komputer mahupun TV 32 inci (tetiba pulak).. Mungkin lepas ni akan ada banyak lagi rebat2 untuk disuapkan kepada rakyat..Sebenarnya aku rasa belia dekat Malaysia ni takda la kemaruk sangat dengan rebat ni sebab henfon2 yang boleh dibeli guna rebat ni sangat terhad dan boleh dibeli di kedai yang dapat kelulusan dari SKMM saja..Lagipun aku tak rasa benda ni satu keperluan yang sangat penting sehingga perlu diberi rebat, banyak lagi yang boleh dinaiktarafkan supaya rakyat lebih selesa dekat Malaysia ni..



Bagi yang teringin guna rebat ni untuk beli S3 ataupun Iphone 5, dah boleh padam angan2 tu dalam memori otak korang, sebab tak dapat punya..haha.. baik simpan duit beli sendiri.. Tapi kerajaan takda la paksa korang nak pakai rebat ni, bagi yang tak mampu nak pakai henfon tu boleh la beli guna rebat ni..Setakat ni takda r lagi nampak statement, kalo taknak guna rebat ni pergi duduk dekat negara lain..haha..Dengar citer, kalo nak dapatkan rebat ni, kena daftar dekat bawah ni start 1 Januari nanti..


Klik gambar

Saturday, December 15, 2012

Holiday di Cameron Highland

Dah berapa bulan aku tak pergi holiday, minggu lepas aku ambil cuti untuk balik Ipoh sebelum bertolak ke Cameron..Aku memang tak berapa gemar sangat dengan jalan ke Cameron tu, selekoh berlambak, pening kepale aku, yang bawak syok r, walaupun letih..Aku dok belakang je, akak aku drive..Orang kata jalan ikot Tapah tu lagi mencabar sebab jalan dia kecik..Kalau ada lori dekat depan memang merangkak la kereta kat belakang2, tapi alhamdulillah tak berapa banyak sangat kenderaan sebab time tu hari bekerja..Sebelum sampai kat hotel, berhenti dekat satu kedai coklat, Avant Chocolate..Banyak giler pilihan coklat dia, mak aku belanja makan kek Strawberry Chocolate Indulgence dengan Blueberry, sedap jugak bila layan dekat cafe dia dekat dengan kebun strawberry yang boleh dipetik sendiri..                                                                 


fuuh..meleleh air liuq..

Kakak aku dah siap tempah awal dah dua rumah dekat Heritage Hotel, tapi aku ambik cuti seminggu sebelum nak pergi sebab takut tak jadi. Rumah dia bapak besar, ruang tamu dia luas dengan 3 bilik lagi, dapur boleh masak, TV lengkap channel astro..


Dah siap angkut barang semua masuk rumah, kitorang melantak nasi pulak, sejuk2 confirm cepat lapar..Lepas makan kitorang rehat2, guling2 atas katil sampai tertidur..Petang tu dorang ajak keluar pergi pasar malam, aku ikot je sebab nak beli souvenir sikit..Aku malas nak berbelanje lebih, sebab time tu belum kaya lagi, cukup2 untuk sampai hujung bulan je..haha..Akak aku tak habis2 nak beli bantal strawberry dia je, aku try cari benda lain dari yang lain, tapi tak ada, so aku cari yang boleh dapat murah dari kedai2 lain..So aku beli keychain dengan fridge magnet je..Balik dari pasar malam mak aku belanja stawberry coklat, aku layankan je, sebab tak ada nafsu sebelum ni nak rasa, tak sempat nak sejuk coklat tu aku dah baham..Esok nya kitorang check out, walaupun trip sehari je, tapi ok la dari dok terperap kat rumah sewa je..