Sunday, February 27, 2011

MOVIE : BATTLE LOS ANGELES 2011


Setelah sekian lama tak update blog, hari ni baru aku tergerak hati nak post entry sebab tak tau nak buat apa dah. Bukan apa, cuma aku tak ada idea je nak tulis entry apa hari2 dah. Kalau rasa terlebih rajin baru update blog lepas ni. Tapi baca jugak blog2 lain walaupun tak update blog sendiri. Bulan ni movie baru nak keluar, tajuk BATTLE LOS ANGELES. Hanya movie2 tertentu je aku akan habiskan duit utk tengok dekat wayang dan movie ni salah satunya nanti. Movie yang lain2 download je, takpun mintak dekat orang. Bukan kedekut, jimat.



17/3/11

Movie ni macam movie2 lain je, manusia berperang dengan alien, tapi mungkin ada kelainan sikit dari segi special effect atau pun bentuk alien tu. Bandar Los Angeles ni benteng pertahanan terakhir dunia menentang alien2 tu. Kalo Malaysia yang kena serang, kejap je hancur rasanya. haha. Bagi kaki2 wayang dan minat dengan movie2 bergenre aksi ni mesti tertunggu2 movie ni keluar dekat punggung panggung wayang. Kalo yang tak minat tengok wayang tu tak apa, boleh download nanti. Selamat menonton.


Sunday, February 6, 2011

Earth Hour Di UKM




Pukul 3.10 minit pagi waktu laptop paiz, kegelapan menyelubungi seluruh pelusuk UKM. Aku berada dalam kegelapan ditemani cahaya lampu yang samar2 je. Internet pulak buat hal, UKM jaring kasi dua bar je untuk aku online, kemut giler. Dan tiba2 internet down, disebabkan kejadian tu.  Dengan lampu tempat parking pun tak ada, secara tak langsung bagi advantage untuk pencurik2 motor menjalankan operasi mereka.  Aku cuma berharap motor aku tak menjadi mangsa pihak2 berkenaan malam ni. Aku cuba refresh tab facebook berulang2 kali dengan harapan internet kembali pulih sedia kala tapi alangkah lembunya, kalo dah tak ada internet tu konpem2 lah tak dapat nak bukak pape dah. Tapi tak kisah lah, aku dah berusaha, usaha tu kan tangga kejayaan. Dalam gelap gelita tu, aku pun terpikir nak main potoshop untuk memantapkan lagi skill mengedit gambar. Tak lama lepas tu, elektrik ada balik dan internet pun bernyawa semula. Alhamdulillah.


Saturday, February 5, 2011

Kisah Bra Dan Kilat

Dekat London ada seorang wanita yang suka sangat tak pakai bra tidak kira di dalam rumah ataupun di luar rumah. Dia tak suka pakai bra sebab rasa rimas kerana  buah dadanya tidak dapat bergerak bebas ke sana ke mari. Satu hari dia pergi pasaraya berdekatan kawasan perumahannya dengan membe dia untuk beli barang2 dapur. Kemudian dia terserempak dengan satu bra yang comel dan jarang2 ditemui spesisnya. Dia pun beli lah bra tu tanpa berfikir panjang dan terus menyarungkan buah dadanya sebab dia pun jarang beli bra.

bra pokemon

Lepas habis shopping diorang pun balik rumah masing2. Underwear Ondaway balik rumah tu tiba2 hujan turun dengan kilat sambung-menyambung, ehh, sabung-menyabung. Wanita tu pun berteduh dekat bawah satu pokok sebab takut barang2 dan bra yang masih bau kedai tadi basah. Dia pun tunggu dekat situ sampai hujan reda tapi tak reda2. Mungkin ditakdirkan dia akan disambar kilat ketika berteduh dekat bawah pokok tu. Satu panahan kilat tepat ke arah dia dalam sekelip mata dan dia pun KO serta merta dekat situ.




Cerita ni yang betulnya dia mati kena panah kilat je, yang lain rekaan semata2. Menurut sumber berita, besi bra yang dipakai mangsa cair, punya tinggi voltan kilat tu sampai dapat cairkan besi tu. Berita penuh dekat SINITapi pakai ke tak pakai ke bra tu kalo duduk bawah pokok time kilat2 ni memang bahaya pun. Moral of the story, time hujan kilat,

  • Jangan duduk bawah pokok.
  • Jangan main bola dekat padang.
  • Jangan pegang besi sebab besi tu bahan konduktor elektrik.
  • Jangan pakai bra ada besi, kalo tube tak apa r. agagaga.
  • Jangan pakai legging di khalayak ramai. ( tetibe pulak )



Friday, February 4, 2011

F1 Petronas Malaysia Grand Prix




Lepas habis musim 2010, F1 kembali semula di litar sepang 8 sampai 10 April ni. Teringin jugak rasanya nak pergi tengok dekat sepang buat pertama kali dalam hidup sebab tak pernah tengok live lagi. Selalu tengok dekat TV je, ada jugak LIVE apa tulis kat atas tu, jadi ler. Tapi F1 sekarang macam kurang best lah, tak tahu kat mana kurangnya. Banyak sangat kot undang2 diorang buat untuk team2 F1, untuk mengurangkan monopoli satu team je menguasai race2 nanti. Time sebelum michael schumacher bersara dulu, asyik muka dia je naik podium, jarang nak kasi can dekat orang lain. Tapi bagus jugak dia buat undang2 macam tu, tak ada lah muka sama je menang, baru lah ada persaingan sikit. 


hai.. kenapa saya selalu menang? sebab saya tak bawak kereta lembu..

Dulu2 minat jugak lah F1 ni sebab kereta dia laju2 nak mampus, kereta racing la katakan, kalo tak laju tu bukan kereta racing namanya, tu kereta lembu. Tak pon, kereta kancil convert lancer, kira tu pun lembu jugak. Mana lah boleh kancil bawak laju2 bang, kang ada yang convert jadi kereta terbang pulak. Dengar cerita Fairuz Fauzy dipilih sebagai pemandu ketiga untuk team Lotus Renault GP. 




Pemandu ketiga tu kira macam simpanan lah dan besar kemungkinan tak akan dapat peluang berlumba untuk sepanjang musim sebab mesti lah dia bagi yang pemandu pertama dan kedua je bertanding melainkan masa tu pemandu yang 1st dengan 2nd tu sakit perut ke sebab makan meggi expired ke, rumah diorang tengah banjir ke, air dekat kolej tak ada untuk mandi ke sebab badan rasa tak selesa nak race kalo tak mandi lagi, dan macam2 lagi seribu alasan. 


tak dapat nak race ke bang? alolor, ciannye..

Kalau sape2 rasa nak pergi tengok F1 dekat sepang tu boleh dapatkan tiket di:

  • KL Sentral, 17Jan - 10April 2011
  • Pavilion KL, 1Feb - 10April 2011
  • Fahrenheit 88, 1 Feb - 10April 2011
  • Tropicana City Mall, 15Feb - 10April 2011



+603.8778.2222


Thursday, February 3, 2011

Aiskrim Mirip Najis


Dalam banyak2 bentuk, najis jugak menjadi pilihan manusia untuk buat aiskrim. Aiskrim sedap2 tapi bentuk dia pulak buat kurang menyelerakan. Aiskrim berbentuk najis berbekaskan mangkuk tandas ni boleh didapati di jepun. Luaran je macam taik tapi tetap aiskrim, belasah je lah.




nyum2