Wednesday, January 26, 2011

COW TU LEMBU KAN?


A : Cow tu lembu kan?


B : Ha'ah.. 


A : Hahaha...


B : ???


*Cow refer to Kau


Kalau korang rasa pernah kena macam ni time kecik2 ternyatalah anda pernah diperlembu-lembukan oleh mereka2 yang telah terdahulunya diperlembukan. Lepas kena macam ni terus moral down, tak dapat fokus dalam study, result merudum, tak dapat shoot gol masa main bola time waktu PJK. Sejarah benda ni tak dapat dipastikan dari pada mana mulanya dan siapa pencetus idea tersebut. Mungkin dari zaman kejatuhan penggunaan lembu selepas kuda digantikan dengan lembu untuk dijadikan sebagai kereta kuda sebab tahap kelajuan lembu tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kalau dah kena macam tu kompem rasa nak try kenakan orang lain pulak kan tapi nak buat dekat orang yang lembukan kita tu balik memang tak lepas lah.. haha. Pengalaman ni mengajar kita erti kelembuan dan membezakan antara COW dan KAU supaya tidak diperlembukan lagi seperti tu.


rembu betui..



Monday, January 24, 2011

UGUT

Gempak Starz dah keluarkan page baru untuk Lawak Kampus 



Sampai nak basuh berak pun ugut guna pisau, punya desperate membe tu.. Kalo tak ada tisu takpe la jugak lagi, kalo tak ada air macam mana nak beristinjak? Takkan nak cuci guna pasir, dah macam tayamum pulak kan..haw3..


Credit to Gempak Starz

Saturday, January 22, 2011

Nasi Kosong USA Punca Liverpool Menang


Tadi aku pergi makan dekat satu kedai sambil tengok bola..


Abang Order : Nak minum apa? 

Membe Aku : Bagi fresh orange.. makan bagi nasi goreng USA sekali sambal                       belacan..

Abang Order : Abang pulak? 

Aku : Hmm.. nasi goreng USA jugak..

Abang Order : Makan ape bang? 

Aku : Nasi goreng USA r..

Abang Order : Ohh.. ok2.. ingat order fresh orange tadi.

Aku : ??


Boleh tahan jugak rasa nasi goreng USA ni, rasa macam nasi kosong cuma campur sayur dan daging je.. Rasa nak bayar guna kaki je dekat kedai ni.. Tapi aku tak bayar pun, membe aku belanja.. haw3.. Akibat dari insiden yang memalukan tersebut, Liverpool telah mendapat semangat dan berjaya mengalahkan kelab yang tidak kurang hebatnya iaitu Wolverhampton dengan jaringan 3-0.. Gol Meireles sumpah semart.. Satu pujian pasal bab2 gol ni bukan r senang2 je terkeluar dari mulut aku yang jarang2 tengok bola ni.. Gol dijaringkan hasil rembatan yang melengkung melepasi penjaga gol yang terkesima tanpa melakukan percubaan untuk menyelamatkan gawangnya..


ni Raul Meireles 


Selepas beliau berjaya menjaringkan gol tersebut, beliau telah meraikannya bersama teman baiknya dari kelab ternama, Ryan Giggs..




HATI2 BILA PERGI MESIN ATM




Sebut pasal ATM ni, korang tahu ke apa maksud ATM tu?? Bukan Angkatan Tentera Malaysia, Auto Teller Machine lah. Kalau korang pergi mesin ATM lain kali hati2 lah sikit sebab pencurik sekarang tersangatlah bijak bestari. Bukan bijak dapat straight A's ataupun dapat 4 flat, tapi bijak mencurik. Macam2 cara orang nak curik duit dalam akaun bank kita. Ada yang kena hack akaun bank dorang, tengok2 dah tinggal sikit duit dalam bank. Ada yang kena culik pastu dipaksa untuk bagi kad ATM bank dengan password. Ada yang mintak tolong  membe keluarkan duit, pastu membe sapu duit dia sekali. Yang kes paling bijak, hafal bunyi keypad dekat mesin ATM tu. Benda ni ada keluar paper aritu, mungkin ada orang dah pernah terbaca ataupun terpandang tajuk berita tu. Mungkin ada orang tak pernah tahu jugak kan. Mengikut sumber berita, dorang hafal bunyi setiap digit dekat keypad mesin ATM tu, pastu dorang tukar kad bank si mangsa tu. Kalo korang perasan, bunyi untuk setiap digit tu memang berbeza dari lain2 digit. Macam henset r, kan bunyi dia lain. tuut tuut, tett tett, tiit tiit. Kalau tak nak bagi pencurik tu hafal nombor kita, rapatkan badan ke skrin mesin atm dan taip password laju2. haw3.


Hati2 jugak pada ancaman anjing yang berkeliaran, mana 
taw tetibe dorang rasa nak gigit korang ke.. 

Apa2 pun, berhati2 lah di mana jua mesin ATM anda berada. Laporkan jenayah di tempat anda. Fuhh, rasa cam penganalisis jenayah pulak. haha


Tuesday, January 11, 2011

YAMAHA EGO LC




kaler merah nampak garang.. rawrr..

Putih bersih suci

Biru + Hitam

hijau danau


Motor ni ada sport rim 14 inci dengan sistem disk break dekat depan.. Harga 
tanpa insurans untuk nyawa korang dan motor lebih kurang RM5450.. 


papan meter speed dan tangki minyak

Kunci berpenutup

Design lampu depan yang semart

ruang isi barang2.. ni kalo isi baby pun boleh kot.. 


Wednesday, January 5, 2011

Jom Makan Sperm


SPERMIES.. gula2 yang anda suka telan..

Ok, 1st gua tengok gambar ni gua gelak sorang2.. ( apesal gua2 pulak ni ).. haw3.. Ada pulak gula2 bentuk sperm.. Aku tak pasti syarikat negara mana 
yang keluarkan produk yang berunsur lucah ni.. Tapi yang pasti produk ni tak ada lagi dikeluarkan dekat Malaysia.. Bagi kaum hawa, anda tidak perlu risau sebab sperm ni tak akan boleh membuatkan anda mengandung.. Bagi sesiapa yang berminat dengan produk ni boleh dapatkan di pasaraya2 berdekatan dengan anda.. tu pun kalo jumpa r..


Bentuk sperm dah ada.. bentuk ovum tak ada ke?? 


Tuesday, January 4, 2011

KUCING COMEL











p/s : jangan sangka kucing comel2 taik tak busuk.. 


Monday, January 3, 2011

SELAMAT HARI JADI FOLLOWER2 BUDAK KAMPUS


Sape punya burfday hari ni angkat tangan tinggi dari kepala.. Nah aku 
bagi hadiah.. haw3.. Yang burday dia 1hb dengan 2hb Jan tu aku wish 
hepy belated burfday k..



Kepada semua follower2 Blog Budak Kampus.. Aku nak anda inform tarikh burfday anda2 dekat ruang comment entry ni supaya senang aku nak wish burfday anda2 sepanjang tahun 2011 ni ok.. Dan mungkin aku akan bagi present dekat sape2 yang selama ni rajin singgah blog yang biasa2 ni, join 
contest atau komen romen entry aku.. 

blogbudakkampus.blogspot.com


p/s : aku nak tukar URL lagi.. sumpah ni laz.. 

Sunday, January 2, 2011

Nak Mintak Kerja Kena Kurus










Percaya atau tidak dekat China ramai mahasiswi sanggup menelan telur cacing gelang supaya mereka kelihatan langsing ketika sesi temuduga.. Tindakan ekstrem tu dilakukan sebab sukar bagi diorang untuk mendapatkan kerja bagi golongan wanita di bandar2 besar negara tu.. Ini mungkin juga disebabkan kebanyakan majikan di China gila seks.. Telur2 tu menetas dalam perut dan cacing2 gelang akan memakan zat2 makanan dalam perut sekaligus menjadikan diorang kurus tanpa buat senaman, atau diet.. Tapi pakar2 yang sedang menjalani kursus sains pemakanan di UKM memberi amaran cara tersebut boleh memudaratkan kesihatan.. Credit to Kosmo..


p/s : aku baru tukar URL blog aku..

Saturday, January 1, 2011

..:: Azam Si Budak Kampus ::..


Bila masuk tahun baru je mesti nak kena ada azam.. perlu ke? Ia jadi tak perlu kalo tahun2 lepas punya azam pun tak tunaikan.. Tapi orang cakap azam tu sebagai pembakar semangat.. So, azam aku tahun ni nak study rajin2 sampai dapat 4 rumah flat, pastu apply jadi TNC ( Timbalan Naib Cancelor ) UKM.. Bukan apa, cikgu sekolah menengah aku dulu pesan target kita kena tinggi kalo nak pape.. Bila  dah dapat jadi naib cancelor nanti aku nak buat syarat tambahan.. Sape yang ada blog je akan dipertimbangkan masuk UKM.. Mengamuk budak2 yang tak ada blog nanti.. haw3.. 




Sebenarnya aku nak kumpul duit banyak2, tak nak membazir macam tahun lepas.. Target aku tak banyak pun cuma dalam sejuta dua macam tu.. Bukan tamak tapi berjimat cermat dan bijak menabung.. Kalau dapat lebih alhamdulillah.. Boleh belikan sebijik dua Inspira untuk mak aku untuk 
buat dia pergi pasar..




..:: KISAH MALAM TAHUN BARU ::..














grrrr...

Akhirnya.. siap jugak header baru aku sempena 
masuk tahun 2011.. bese2 je..


URL pun baru.. tapi belum tukar.. haw3..