Sekolah : SMK METHODIST (ACS) IPOH
Tingkatan : 5B
Hari ni aku bangun agak lewat seperti biasa dengan baju seluar tak diseterika lagi.. Walaupun aku tahu aku dah lambat tapi aku sengaja buat2 cool macam biasa sebab takut nanti kena marah dengan mak aku.. Kang mula lah dia membebel berjam2 sampai aku masuk tandas pun dia tak stop2 lagi.. Tapi tak mengapa, semua tu dah menjadi lumrah dalam hidup aku.. Kalo mak kita bebel dekat kita tu maknanya dia ambik berat pasal kita.. So, time dia bebel tu kita laju2 masuk tandas dan bukak air paip kuat2.. Nescaya suara bebelannya akan sayup2 saja kedengaran.. harhahhar..
relaxx luuu...
Lepas siap mandi aku pakai baju dengan seluar sekolah dan macam biasa
baju lengan panjang menjadi pilihan aku sebab tu dah menjadi trend bagi
budak2 melayu dekat sekolah aku.. Selalu tie memang sentiasa on tak kira waktu perhimpunan rasmi hari isnin ataupun hari2 biasa.. Walaupun aku bukan mawas pengawas sekolah tapi tali tie tu dah jadi macam kewajiban bagi aku.. Lepas semua siap setting baik punya, aku pun pergi ke sekolah dengan jalan kaki merentasi laluan keretapi yang agak merbahaya sebab situ ada Stesen Keretapi Ipoh..
Ponnn!! Ponnn!!
Sebuah keretapi bawak tangki minyak dengan gas asli tiba2
muncul dan semakin dekat menuju ke stesen keretapi..
arghh.. dah lewat..
Warghh.. kalo aku tak cross time ni confirm sampai sekolah lambat.. Aku pun dengan berani lari laju2 cross landasan tu.. Fuhhh!! sikit lagi nak kena gilis.. Sampai2 depan pagar sekolah je.. Tuuppp!!.. pintu pagar ditutup.. WTH!!.. lewat 5 saat je kot.. Skema betul r pengawas ni..
" Nama apa?? " tanya pengawas yang chubby2 sikit tu
" Mohammad Lufti.. kelas 5B.. " jawabku
" Kamu dah lebih 10 kali datang lewat ni " katanya
" erkkk?? rasa macam baru 5 kali je " balasku
Kemudian aku dibawa ke bilik guru disiplin, Cikgu Meor.. Nasib baik ramai jugak r yang datang lambat hari tu.. Ada r geng kalo kena sebat nanti.. Macam2 alasan budak2 ni bagi sebab dorang lewat sampai r giliran
aku bagi alasan..
" Kenapa kamu datang lambat banyak kali " tanya cikgu
" Err.. saya terbangun lambat cikgu " balasku takut2
" Tu je? tak ada alasan lain dah? " tanyanya lagi
" Ermm.. tu je kot.. " balasku dengan nada yakin
" Ok, kamu diri dekat bucu meja tu, keluarkan wallet " dia mengarahku
Zassss!!!
Satu libasan kencang dilepaskan ke arah belakangku.. Arghh.. terasa kebas punggungku.. Tapi sebagai lelaki macho, aku menahan kesakitan dengan tenang sekali dan balik ke kelas sambil maki2..
p/s : sejak dari tu aku mula datang awal ke sekolah